Pendakwaan antara dua darjat – AMK - Utusan Malaysia

Pendakwaan antara dua darjat – AMK

AKMAL NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali didakwa menunjukkan wujud pendakwaan antara dua darjat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, beberapa kes melibatkan rakyat biasa yang me­langgar arahan kuarantin dikenakan denda dan penjara manakala seorang menteri pula dibebaskan.

“Sebagai contoh, dua hari lepas seorang juruteknik swasta dipenjara 14 hari dan didenda sebanyak RM1,000 selepas gagal mematuhi arahan menjalani kuarantin.

“Tindakan yang tidak adil ini bukanlah kali pertama dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan malangnya dengan kelemahan integriti dan kerakusan pangkat, lebih banyak ketidakadilan akan berlaku selepas ini,” dakwanya dalam kenyataan di sini semalam.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, kertas siasatan polis sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan pejabat itu memutuskan NFA ke atas Mohd. Kharuddin.

Tegas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, keputusan ber­kenaan seolah-olah menafikan pengorbanan dan usaha petugas barisan hadapan serta rakyat melawan Co­vid-19.

“Rakyat terpaksa akur de­ngan arahan yang sering bertukar hampir sepanjang masa kerana adanya ugutan dan hukuman terpilih, namun hormat mereka kepada pemerintah semakin menghilang.

“Ketika seluruh negara berhadapan dengan kesengsaraan ekonomi, ramai yang hilang pekerjaan, ada yang hilang tempat tinggal, PN sanggup lakukan apa sahaja demi kekal berkuasa untuk kepen­tingan peribadi,” katanya.- UTUSAN ONLINNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN