‘Nak luruh jantung lihat kanak-kanak jatuh kereta bergerak’ - Utusan Malaysia

‘Nak luruh jantung lihat kanak-kanak jatuh kereta bergerak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: “Macam nak luruh jantung,” itu perkongsian seorang wanita yang turut memuat naik video berdurasi seminit kejadian seorang kanak-kanak berusia sekitar tiga tahun terjatuh daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak dalam status Facebooknya, hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.54 pagi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar, di sini.

Wanita tersebut yang berada di belakang kereta mangsa ketika kejadian sempat memberhentikan kenderaannya dan keluar melihat keadaan kanak-kanak terbabit.

Adybah Zarifah di dalam status Facebooknya memberitahu, ibu bapa kanak-kanak tersebut kemudian mengangkat anak mereka dari atas jalan itu dan kembali ke kenderaan.

Adybah Zarifah dalam masa sama bersyukur kerana SWT Allah melindungi kanak-kanak tersebut daripada perkara yang tidak diingini.

“Mujur Allah SWT lindungi budak itu dan mujur juga laki (suami) tak laju. Kalau tidak, tidak tahu apa yang akan terjadi jika kena langgar.

“Mak dan ayah kena selalu beringat, tolong kunci pintu atau buat kunci kanak-kanak (child lock). Takut anak jatuh kereta macam ini,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet yang meninggalkan komen dan berkongsi video tersebut turut menzahirkan rasa syukur kerana kanak-kanak itu selamat.

Malah, mereka juga menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa mengunci pintu kereta apabila membawa anak kecil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya