Murid Covid-19: SK Taman Desa Skudai ditutup 8 hari - Utusan Malaysia

Murid Covid-19: SK Taman Desa Skudai ditutup 8 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa Skudai di sini ditutup lapan hari susulan seorang murid tahun tiga disahkan positif Covid-19, semalam.

Notis rasmi dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor memaklumkan, penutupan sekolah sehingga 23 Oktober ini.

Sesi sekolah dibuka semula pada 25 Oktober.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di luar pekarangan SK Taman Desa Skudai mendapati, ibu bapa mula ke sekolah membawa anak-anak mereka seawal 8.30 pagi sebelum mereka diberikan taklimat dan ujian pengesanan dilakukan ke atas murid.

Difahamkan, seramai 70 murid yang mempunyai kontak rapat dengan murid yang disahkan positif akan menjalani ujian Covid-19 hari ini.

Seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang disahkan positif dipercayai dijangkiti virus itu selepas kediamannya dikunjungi saudara daripada Selangor pada 5 Oktober lalu.

Keluarga murid berkenaan diarahkan menjalani kuarantin sendiri selama 12 hari di kediaman mereka bermula 8 Oktober, sebelum murid terbabit disahkan positif Covid-19.

Murid berkenaan menjalani proses kuarantin di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang sambil ditemani bapanya.

Kerja-kerja sanitasi ke atas sekolah berkenaan akan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri Johor hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya