MPNF sambut baik rancangan ambil ladang daripada FGV - Utusan Malaysia

MPNF sambut baik rancangan ambil ladang daripada FGV

MAZLAN ALIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Permuafakatan NGO-NGO Felda (MPNF) menyambut baik kenyataan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung rancangan mengambil alih semula ladang seluas 86,486 ekar daripada FGV Holdings Bhd (FGV).

Pengerusi MPNF, Datuk Mazlan Aliman berkata, rancangan itu seiring dengan perjuangan berterusan warga Felda seluruh negara dalam usaha membela golongan itu untuk mendapat pendapatan lebih tinggi.

Katanya, usaha tersebut juga perlu merangkumi pengambilalihan 68 kilang kerana ia mempunyai kaitan langsung dengan tanaman kelapa sawit tersebut.

“Sejak awal saya memang tidak pernah bersetuju dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia dan yakin ia akan gagal. Segala pandangan melalui berbagai forum dan memorandum telah disalurkan kepada kerajaan ketika itu Barisan Nasional (BN) tetapi tidak dipedulikan.

“Penyenaraian telah terbukti gagal dan suatu tragedi hitam yang hampir membunuh institusi orang Melayu. Semasa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, timbul pula ura-ura pengambil alihan FGV oleh pihak ketiga, namun saya tetap konsisten menentangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Felda dilaporkjamn mahu mengambil alih semula tanah yang dipajak kepada FGV sebagai sebahagian pelan transformasi yang akan dilaksanakan sebagai sebahagian model perniagaan baharu dan dianggap lebih mapan dan berdaya saing.

Mazlan berharap kerajaan muktamadkan segera pelan pengambilalihan itu yang diyakini dapat memulihkan dan mengembalikan kewangan Felda seperti dahulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.