Mohd. Hamdi dilantik Naib Canselor UM baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Hamdi dilantik Naib Canselor UM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prof. Datuk Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang baharu berkuat kuasa 1 November ini hingga 31 Oktober 2023.

Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim yang tamat kontrak.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, pelantikan itu dibuat selepas Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam bersidang dan membuat penilaian terhadap calon-calon pada 5 Oktober lalu.

Mohd. Hamdi, 49, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari Imperial College, London, England dan Master of Science in Advanced Manufacturing Technology & System Management dari University of Manchester Institute Science and Technology, United Kingdom.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doctor of Engineering on Thin Film Coating for Biomedical Applications dari Kyoto University, Jepun.

Mohd. Hamdi pernah memegang jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UM.

“Kementerian percaya dengan pelantikan ini, Mohd. Hamdi dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau dalam mengekalkan pencapaian serta kegemilangan UM sebagai universiti penyelidikan terkemuka di negara ini.

“Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Abdul Rahim atas segala sumbangan dan kepemimpinan beliau selama ini sehingga UM dinobatkan antara universiti terbaik dunia,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya