Mesyuarat Khas Kabinet pukul 11 pagi ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat Khas Kabinet pukul 11 pagi ini

KENDERAAN membawa Muhyiddin Yassin kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet bagi membincangkan lebih lanjut keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak pengisytiharan darurat.

Mesyuarat berkenaan dijangka bermula pada pukul 11 pagi ini di Pejabat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, di sini.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa Jemaah Menteri akan berbincang lebih lanjut titah Seri Paduka bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak Covid-19.

Beliau bagaimanapun menyambut baik atas kepercayaan Seri Paduka kepada kerajaan pimpinannya dalam melaksanakan tindakan bagi membendung pandemik itu.

Sementara itu, perjumpaan khas Perdana Menteri bersama semua menteri besar dan ketua menteri yang dijadualkan berlangsung pada pagi ini dibatalkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.