Mana ada mahu kahwin - Fizo Omar - Utusan Malaysia

Mana ada mahu kahwin – Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja muncul khabar kononnya duda kacak ini mahu berkahwin. Kekda bukanlah apa, cuma sedikit terkejut. Kalau lihat kemas kini laman sosial milik pelakon ini memang tidak nampak langsung macam dalam hubungan. Jadi bila timbul kisah nak berkahwin ini memang lah macam tak percaya.

Mahu mendapatkan kepastian, Kekda menelefon sahaja tuan punya badan. Lebih cepat dan mudah untuk dia sahkan sendiri. Selepas memberi salam, soalan pertama Kekda tanya Fizo Omar tentulah tarikh pernikahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hanya ketawa menjawab persoalan itu, katanya Kekda merepek sahaja. Mana mungkin dia mahu kahwin dalam tempoh terdekat. Malah sehingga kini juga dia masih solo tidak bercinta dengan mana-mana wanita.

Pelik juga, habis Kekda tanya lagi kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Jawab Fizo secara ringkas buat masa sekarang fokus utamanya hanya anak dan ibu sahaja. Selain dua wanita itu, tiada wanita lain yang penting dalam hidupnya kini.

Begitu rupanya, jadi kisah kononnya Fizo nak menamatkan zaman duda tahun hadapan memang sekadar spekulasi sahajalah.

Kekda tanya sekali lagi sama ada betul ke masih solo kini, bukan apa, ada juga Kekda terdengar kisah berbeza.

Jawab Fizo dengan tegas dia masih solo. Namun Fizo tidak nafikan memang ada yang cuba mendekati, tetapi dia sudah jelaskan buat masa ini fokusnya tidak ke arah itu lagi.

Jadi buat wanita di luar sana, kalau ada yang cuba mendekati Fizo nampaknya peluang masih ada, cuma buat masa ini Fizo sendiri sudah letakkan had dalam hidupnya. Mahu uruskan dua cinta hatinya dan kerjaya dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini