Lelaki hina polis di Facebook ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki hina polis di Facebook ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki yang membuat kenyataan jelek dan menghina pasukan keselamatan itu di laman Facebook di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, suspek yang berusia 44 itu ditahan di rumahnya di Padang Temusu di sini, kira-kira pukul 7 petang.

Katanya, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit.

“Lelaki terbabit didapati memberi komen berunsur penghinaan terhadap sekeping gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook lain di ruangan Facebook berbahasa Mandarin “Orang Sp”.

“Gambar yang dimuat naik memperlihat empat anggota polis trafik yang sedang bertugas dengan tulisan yang diterjemahan ke Bahasa Inggeris “Batu 2 To Metro Road”,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shamsudin, status berkenaan dikomen oleh suspek yang apabila diterjemahan ke Bahasa Inggeris berbunyi ‘These white-footed ones are out of money, no money left, come out to find food’,” katanya.

Katanya, empat anggota trafik yang dimaksudkan adalah sebahagian daripada kekuatan penugasan snap check/Op Covid-19 dari Ibu pejabat Polis (IPD) Kuala Muda di Jalan Hospital Pakar Metro, Taman Berangan di sini.

“Lelaki terbabit ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya