Mohd Puad dakwa kredibiliti Muhyiddin hilang - Utusan Malaysia

Mohd Puad dakwa kredibiliti Muhyiddin hilang

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya mengambil langkah berundur daripada terus memegang tampuk kepemimpinan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, kredibiliti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hilang selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak nasihatnya untuk mengisytiharkan darurat.

Beliau berkata, ada dua kesan besar apabila Seri Paduka menolak permohonan Perdana Menteri iaitu pertama Al-Sultan Abdullah menyedari ‘langkah Muhyiddin’ itu hanya muslihat politik, bukan untuk memerangi Covid-19.

Katanya, dalam para ketiga kenyataan Istana Negara semalam yang berbunyi ‘Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan’ mempunyai maksud tersirat.

“Kalau Yang di-Pertuan Agong yakin, kenapa Perdana Menteri tidak yakin? Apakah Perdana Menteri cuba membohongi Yang di-Pertuan Agong ? Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja amat teliti dan bijaksana.

“Kedua, ramai pakar perundangan mengatakan Yang di-Pertuan Agong harus mendengar nasihat Perdana Menteri seperti termaktub dalam Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan. Tapi nampaknya nasihat Memanda Menteri tidak diterima. Maka di mana kredibiliti seorang Perdana Menteri?

“Syukur, Yang di-Pertuan Agong tidak dipengaruhi oleh ‘game’ politik yang boleh mengheret negara ke kancah lebih parah. Kesejahteraan rakyat lebih utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, pertemuan menteri-menteri Kabinet di kediaman Perdana Menteri semalam berlangsung dalam suasana emosi.

Katanya, ia dipercayai apabila pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung cadangan tersebut.

“Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi.

“Bersatu sedang tuduh menuduh. Semua menuding jari ke arah Mohamed Azmin dan Hamzah. Benarkah ‘ill advise’ kepada Muhyiddin itu adalah mereka,” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya