Komitmen TNB untuk dunia yang mampan - Utusan Malaysia

Komitmen TNB untuk dunia yang mampan

TNB terus berperanan sebagai pembekal tenaga hijau bagi meningkatkan kehidupan manusia dan kelestarian alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK ditubuhkan tujuh dekad lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus teguh memainkan peranannya sebagai pembekal tenaga negara.

Memahami dilema dunia masa kini, TNB akan terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada usaha memulihara alam sekitar yang terancam akibat perubahan iklim.

Oleh itu, bersempena dengan Hari Tenaga Sedunia yang disambut hari ini, TNB mengulangi ikrarnya untuk terus berperanan sebagai pembekal tenaga hijau bagi meningkatkan kehidupan manusia dan kelestarian alam dengan memanfaatkan inovasi, dan kepakaran.

TNB memberi komitmen untuk mencapai sasaran pemasangan tenaga diperbaharuinya menjelang 2025.

Komitmen inovatif

TNB memainkan peranan penting dalam melaksanakan agenda kelestarian yang utuh menerusi pelaburan dalam tenaga hijau di peringkat domestik dan antarabangsa.

Ia merangkumi usaha mempelbagaikan sumber penjanaan tenaga TNB untuk tenaga boleh diperbaharui (RE). Inisiatif ini juga bakal menyumbang sebanyak 20 peratus dalam sasaran kerajaan bagi kapasiti penjanaan campuran RE menjelang 2025.

Sehingga kini, TNB mempunyai portfolio karbon rendah yang merangkumi 119 loji tenaga diperbaharui termasuk mini hidro, solar dan angin serta 12 loji hidro besar di dalam negara.

Contoh terbaharu adalah kerjasama GSPARX dengan Malaysia Airlines Bhd. (Malaysia Airlines) untuk pemasangan panel solar pada empat bangunan syarikat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLA).

Dengan penawaran pemasangan panel solar yang lebih mudah seperti ini, GSPARX telah menjadi sebahagian penyumbang kelestarian negara.

Selain itu, TNB turut mengikrarkan komitmennya kepada peralihan tenaga melalui Smart UniverCity di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Putrajaya yang menjadi makmal sebenar untuk penyelesaian bandar pintar.

Dengan inisiatif tersebut, TNB dapat memperkaya pengalaman di kampus untuk pelajar, kakitangan dan pengunjung menerusi aplikasi teknologi dalam meningkatkan gaya hidup, mengurangkan jejak karbon dan memanfaatkan penyelesaian inovasi untuk industri tenaga.

Selain itu, pembangunan rumah pintar yang dilengkapi tenaga sifar bersih di Cyberjaya turut mencerminkan TNB dalam memperkasa penggunaan tenaga bersih dalam negara.

Rumah pintar tersebut menggabungkan teknologi keberkesanan tenaga dan teknologi tenaga diperbaharui seperti tenaga solar fotovoltaik, simpanan bateri tenaga diperbaharui dan stesen mengecaj kenderaan elektrik.

Bekalan tenaga yang disalurkan oleh TNB menerangi kehidupan tanpa mengira waktu.

 Tenaga mesra alam

Penggunaan termal Ultra-Supercritical Coal-Fired Teknologi (USC) di Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Negeri Sembilan telah menyumbang sebanyak 40 peratus keberkesanannya kepada TNB.

Ia lebih baik berbanding loji tenaga arang batu konvensional yang mempunyai kecekapan termal 36 peratus.

Sementara itu, TNB turut menerajui projek kelestarian alam sekitar seperti usaha pemeliharaan Royal Belum, Ikan Kelah dan Paya Bakau.

Dua stesen hidroelektrik milik TNB di Hulu Terengganu dan Sungai Perak pula menjalankan usaha pemulihan hutan dan sungai bagi memastikan kelestarian alam terus terjaga.

Stesen Hidroelektrik Hulu Terengganu menjalankan usaha pemulihan hutan di tengah-tengah kawasan pembangunan yang terganggu manakala Stesen Hidroelektrik Sungai Perak menghasilkan Pelan Pengurusan Sumber Ikan untuk operasi dan pelan perniagaan hidroelektrik yang mampan.

Stesen Hidroelektrik Hulu Terengganu telah menjalankan usaha pemulihan hutan dalam kepesatan kawasan-kawasan pembangunan manakala di Stesen Hidroelektrik Sungai Perak pula, Pelan Pengurusan Sumber Ikan telah dihasilkan bagi mewujudkan operasi dan pelan bisnes hidro yang lebih mampan.

Malah, TNB turut menjalankan inisiatif Menyinari Komuniti Sekeliling yang merangkumi Projek Lampu Jalan Kampung, Projek Pendawaian Rumah, serta Projek Baiti Jannati dan Projek Mesra Rakyat untuk golongan memerlukan. Manakala program Better Brighter Anjung Kasih menyediakan tempat tinggal sementara bagi waris pesakit yang dirawat di hospital-hospital seperti di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Serdang. – UTUSAN

   SELAMAT HARI TENAGA SEDUNIA

   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.