Kelantan tangguh kuliah agama seluruh masjid - Utusan Malaysia

Kelantan tangguh kuliah agama seluruh masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan program kuliah agama di semua masjid di seluruh negeri ini ditangguhkan bermula hari ini.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penangguhan semua program kuliah itu sehingga 27 Oktober ini.

Beliau berkata, selain itu kelas al-Quran turut ditangguhkan sepanjang tempoh tersebut dikuatkuasakan.

“Bagaimanapun, solat fardu dan sunat masih boleh dilaksanakan seperti biasa.

“Tetapi perlulah mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan MAIK sebelum ini dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Mohamad Rizam memberitahu, pemakluman itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat memandangkan berlaku peningkatan dalam kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan sejak akhir-akhir ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN