Johor catat 10 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Johor catat 10 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 iaitu 10 kes sekali gus menjadikan terdapat 55 kes aktif virus tersebut pada setakat ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam kenyataan memaklumkan, pertambahan itu melibatkan enam kawasan iaitu di Plentong, Sungai Tiram, Tebrau, Benut, Simpang Kanan dan Simpang Kiri.

“Daripada 10 kes baharu itu, lima merupakan saringan kontak rapat, empat daripada saringan kluster sedia ada manakala satu melibatkan saringan pulang daripada berisiko tinggi.

“Oleh itu, kes kebolehjangkitan di Johor sehingga hari ini adalah 55 kes,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehingga kini, terdapat lima kawasan dikategorikan sebagai zon kuning iaitu Linau di Batu Pahat dan empat lagi di Johor Bahru iaitu Bandar, Plentong, Pulai dan Tebrau.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN