Istana Negara tenang, terkawal - Utusan Malaysia

Istana Negara tenang, terkawal

KENDERAAN membawa Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Istana Negara bagi bertemu raja-raja Melayu untuk membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan kerajaan di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 12.23 tengah hari ini bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan kerajaan dipercayai melibatkan situasi semasa negara termasuk penularan pandemik Covid-19.

Mesyuarat khas berkenaan dijangka bermula pukul 2 petang ini dan setakat ini keadaan di luar pekarangan istana tenang dan terkawal.

Sekitar pukul 11.45 minit pagi ini, kelihatan helikopter mendarat di dalam kawasan istana namun tidak dapat dipastikan siapa individu yang berada dalam pengangkutan udara berkenaan.

Beberapa pengamal media berkumpul di hadapan Pintu 1 dan Pintu 2 istana bagi mengikuti perkembangan terkini.

Semua petugas media ditempatkan di kawasan khas dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti mengimbas kos Quick Respond atau kod QR aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka, membuat pemeriksaan suhu badan dan mendaftar kehadiran di kaunter disediakan.

Pasukan keselamatan turut berada di luar istana bagi mengawal keadaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya