Empat lagi pelajar SMK Duha positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Empat lagi pelajar SMK Duha positif Covid-19

Petugas kesihatan tiba di SMK Duha di Rembau bagi membuat saringan pelajar pada 26 Oktober 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Empat lagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Haji Adnan (DUHA) dekat sini  positif  Covid-19 hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah terkini pelajar sekolah tersebut positif Covid-19 meningkat kepada lima orang.

Mangsa pertama  membabitkan pelajar lelaki tingkatan satu yang dikesan positif Khamis lalu.

Kes berkenaan daripada  Kluster Hampar dan setakat ini seramai 578 individu disaring.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan  kontak  bagi empat pelajar berkenaan.

“Ujian calitan Covid-19 akan dilaksanakan untuk semua individu dalam siasatan (PUI) serta kesemuanya akan dipakaikan gelang merah dan menjalani kuarantin.

“Pelaksanaan ujian calitan untuk pesakit dalam pemantauan (PUS) juga telah dijalankan Sabtu lalu membabitkan lebih 400 individu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad Najib berkata, pihaknya akan mengenal pasti lokaliti yang mempunyai keperluan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco).

Difahamkan, SMK Duha  telah ditutup sejak 23 Oktober sehingga 29 Oktober ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.