Dua sekolah agama di Johor diarah tutup sementara - Utusan Malaysia

Dua sekolah agama di Johor diarah tutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri di sini diarah tutup sementara bermula hari ini hingga 31 Oktober ini atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, penutupan itu melibatkan Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas.

Katanya, seramai 2,862 murid di kedua-dua sekolah terlibat dengan arahan berkenaan.

“Punca penutupan Sekolah Taman Cempaka adalah kerana ibu kepada seorang murid darjah khas sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19.

“Ujian swab ke atas murid sudah dilakukan dan kini sedang menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tosrin, penutupan dua buah premis itu turut melibatkan seramai 43 tenaga pengajar.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu berkata, Klinik Kesihatan (KK) Kempas yang diarahkan tutup pada Jumaat lalu kembali beroperasi bermula hari ini.

“KK Kempas dibuka selepas menjalani proses sanitasi pada hari Jumaat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditanya berhubung perkembangan terkini klinik berkenaan.

Klinik kesihatan berkenaan sebelum ini dilaporkan ditutup kerana salah seorang kakitangannya dilaporkan positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya