Air ketum campuran ramuan ubat batuk dirampas - Utusan Malaysia

Air ketum campuran ramuan ubat batuk dirampas

AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kegiatan seorang lelaki menggunakan ubat batuk sebagai campuran ramuan di dalam air ketum yang dimasak terbongkar selepas polis melakukan sebuah di sebuah stor di Jalan Taman Serai Wangi, Padang Serai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azhar Hashim berkata, polis yang menjalankan serbuan pada pukul 5 petang di tempat memproses daun ketum itu menemukan tiga botol ubat batuk yang dipercayai digunakan sebagai campuran ramuan.

Katanya, ubat batuk tersebut dipercayai menjadi bahan utama untuk meningkatkan khayal pengguna yang ketagih air ketum.

“Ketika serbuan, lelaki terbabit berada di dalam stor dipercayai sedang memproses air ketum dan pemeriksaan lanjut polis menemukan satu tong air yang mengandungi 80 bungkusan plastik lutsinar disyaki air ketum.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai sebuah periuk besar yang mengandungi daun ketum serta peralatan memasak,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata, polis juga menemukan satu beg plastik hitam mengandungi daun ketum belum diproses.

Tambahnya, lelaki terbabit bersama barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil soal siasat lelaki terbabit baru sebulan menjalankan aktiviti menjual air ketum di sekitar Padang Serai,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya