Agong belanja petugas media makan tengah hari - Utusan Malaysia

Agong belanja petugas media makan tengah hari

WAKIL pegawai istana menyerahkan makanan kepada petugas media yang membuat liputan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu di hadapan Istana Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan Seri Paduka apabila menyerahkan makanan kepada pengamal media di Pintu 1 Istana Negara, pukul 1.10 petang tadi.

Makanan berupa bihun goreng, nasi goreng, buah-buahan dan air minuman itu diserahkan melalui wakil pegawai istana kepada petugas media yang berkumpul sejak pagi tadi bagi membuat liputan berhubung mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu di Istana Negara.

Sebelum ini, Seri Paduka pernah menyumbangkan makanan kepada petugas media yang bertungkus-lumus membuat liputan berhubung situasi semasa negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya