199 institusi pendidikan Islam di zon merah Seremban ditutup - Utusan Malaysia

199 institusi pendidikan Islam di zon merah Seremban ditutup

kapsyen: SEKOLAH Rendah Agama Rakyat Masjid Sikamat, Sikamat, Negeri Sembilan antara institusi pendidikan Islam yang ditutup selepas Seremban berada di kawasan zon merah susulan peningkatan kos positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) senada dengan Kementerian Pendidikan apabila mengumumkan kesemua 199 institusi pendidikan Islam di zon merah di daerah ini ditutup sehingga 9 November ini.

JHEAINS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah penutupan tersebut membabitkan sekolah agama rakyat (SAR), Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan Kelas Agama Petang (KAP) yang beroperasi di premis Kementerian Pendidikan.

Selain itu menurut kenyataan berkenaan, sekolah rendah Islam yang menjalankan KAFA, tadika Islam, sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, maahad tahfiz, madrasah atau pondok dan pusat pengajian yang berdaftar dengan JHEAINS.

Tambah kenyataan itu, sekolah dan institusi pendidikan Islam yang mempunyai asrama juga ditutup selaras dengan pengumuman berkenaan.

“Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang ke rumah. Murid dan pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau ingin kekal di asrama hendaklah berada di bawah penjagaan warden dan pemantauan pentadbir.

“Murid atau pelajar yang kekal di asrama tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dan keperluan makan serta minum murid atau pelajar tersebut disediakan oleh pentadbir sepanjang tempoh penutupan,” kata kenyataan itu.

JHEAINS turut meminta sepanjang tempoh penutupan berkenaan, pentadbir sekolah khususnya bagi yang menjalankan Kelas KAFA memastikan guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah.

“JHEAINS sentiasa prihatin dalam menjalankan usaha preventif bersama-sama pihak berwajib dalam menangani penularan pandemik Covid-19.

“Sebarang maklumat penutupan institusi pendidikan di bawah JHEAINS dibuat dari masa ke masa,” katanya.

Kementerian Pendidikan semalam mengeluarkan arahan penutupan keseluruhan 177 institusi pendidikan di zon merah Seremban bermula hari ini hingga 9 November ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN