177 sekolah di Seremban tutup esok hingga 9 Nov. - Utusan Malaysia

177 sekolah di Seremban tutup esok hingga 9 Nov.

Sebuah bas Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan di lihat keluar bagi membawa pelajar sekolah tersebut yang positif Covid-19 di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang pada 24 Oktober 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 177 sekolah dalam zon merah di daerah ini ditutup mulai esok sehingga 9 November ini kerana penularan kes Covid-19.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan merangkumi sekolah rendah, menengah serta sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian tersebut selain sekolah yang mempunyai asrama termasuk kolej vokasional.

“Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama terbabit untuk dibawa pulang.

“Bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama dan kolej vokasional sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah jagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum murid akan disediakan pihak sekolah,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu memaklmkan, pengetua dan guru besar  perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.my.

“Bagi sekolah yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penjadualan semula ujian boleh dibuat ke satu tarikh lain,” jelas kenyataan itu.

Hari ini, terdapat 96 kes baharu Positif Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

Sebanyak 54 kes positif tersebut adalah hasil saringan melalui Kluster Kaya dari kawasan Labu manakala satu kes saringan Kluster Auto dan 41 kes saringan Kluster Sofi dari kawasan Ampangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya