fbpx

Wanita keldai akaun dicekup

  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 16 September 2020, 7:55 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Perbuatan seorang wanita yang disyaki menjadi keldai akaun sindiket penipuan Macau Scam memakan diri apabila dicekup polis di Seksyen 6, Shah Alam, kelmarin.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada pukul 10.05 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, penahanan itu dilakukan hasil laporan seorang guru yang mendakwa diperdaya sindiket pengubahan wang haram pada 19 Disember tahun lalu.

“Lelaki berusia 39 tahun ini dikatakan menerima panggilan menyatakan namanya digunakan untuk mendaftar sebuah syarikat yang juga terdapat tunggakan cukai berjumlah RM10,600.76.

“Mangsa kemudian memberi maklumat semua akaun bank dan kata laluan kepada sindiket itu sebelum menyedari wang dalam akaunnya telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga sebanyak RM19,960.60,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ujar Mohd. Khairi, semakan mendapati wanita itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Siasatan lanjut bagaimanapun sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai membuat semakan secara terperinci sebelum melakukan sebarang transaksi dan pembayaran.

“Semakan boleh dilakukan melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi melihat sama ada akaun itu pernah disiasat atau sebaliknya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

BERITA BERKAITAN