Sapura terlalu unggul - Utusan Malaysia

Sapura terlalu unggul

BENDAHARI PKBM, Amrun Misnoh (kiri) bersama Muhammad Nur Aiman Rosli (tengah), Akmal Hakim Zakaria (dua dari kiri) dan Irwandie Lakasek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sapura Cycling Team mengesahkan status sebagai pasukan elit Malaysia apabila dua pelumbanya menguasai acara ujian masa individu (ITT) Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan 2020 sejauh 45 kilometer (km) di Rumah Melaka, Bukit Katil hari ini.

Selepas mendominasi acara ujian masa berpasukan (TTT) kelmarin, Sapura meneruskan rentak gemilang menerusi Muhammad Nur Aiman Rosli muncul juara individu dengan masa 59 minit 30.299 saat.

Aiman meninggalkan rakan sepasukan, Akmal Hakim Zakaria dengan kelebihan 15s, manakala pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Irwandie Lakasek di tempat ketiga dengan masa 1:00.33.157s.

Begitupun, TSG yang selama ini dianggap pasukan elit utama negara berpeluang membalas dendam dalam acara lepas beramai-ramai elit lelaki sejauh 182km hari ini menerusi pelumba adik-beradik, Mohd. Hariff dan Zamri Salleh.

Dominasi Sapura sebenarnya bermula sejak awal pagi apabila dua pelumba, Mohammad Saari AmriRasim dan Shaiful Adlan Shukri muncul juara ITT bawah 23 tahun sejauh 45km.

Kategori ITT elit wanita sejauh 30km pula menyaksikan kejutan besar apabila pelumba Johor A, Siti Nur Adibah Akma Fuad muncul juara, manakala Nurqadrina Emylia Norzali dari Selangor A di tempat kedua.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kejayaan Sapura atau TSG.

“Saya mahu pencapaian yang dilakukan pelumba Sapura dan TSG diulang di Vietnam (Sukan SEA 2021). Tidak guna hanya handal di negara sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya