Ramai pengunjung pantai tak patuhi SOP - Utusan Malaysia

Ramai pengunjung pantai tak patuhi SOP

Pantai peranginan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang kembali menjadi tumpuan pelancong namun terdapat mereka yang tidak mematuhi SOP pencegahan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pantai perangingan di sekitar Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi di sini menjadi tumpuan ramai sempena cuti Hari Kemerdekaan semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata pengunjung yang berada di pantai terdiri daripada pelancong tempatan yang mengambil peluang untuk beriadah bersama keluarga.

Bagaimanapun, dalam keseronokan menikmati percutian, terdapat segelintir pengunjung tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Berada dalam kumpulan yang ramai dan tidak memakai pelitup muka antara kesalahan mereka yang bercuti di kedua-dua pantai peranginan tersebut.

Seorang peniaga, Nor Fadhillah Saidin, 40, berkata, pengunjung mungkin terleka ketika bercuti namun SOP pencegahan Covid-19 perlu dipatuhi.

“Kita belum bebas daripada Covid-19, disebabkan itu kita perlu sama-sama mematuhi SOP untuk keselamatan semua.

“Ramai yang tidak memakai pelitup muka dengan betul dan ada juga yang duduk di dalam kumpulan ramai,” katanya.

Tambahnya, kedatangan pengunjung memberikan rezeki kepada peniaga kecil namun lebih baik jika semua pihak saling menjaga keselamatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN