Perhilitan guna dron kawal gajah di Felda Tenggaroh - Utusan Malaysia

Perhilitan guna dron kawal gajah di Felda Tenggaroh

ANTARA kawanan gajah yang dikesan memasuki Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dron akan digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor untuk mengesan dan mengawal kumpulan gajah yang memasuki kawasan Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saadan berkata, perkara itu susulan terdapat laporan amukan dua kumpulan gajah yang memusnahkan tanaman peneroka sejak dua minggu lalu.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan itu tidak dilakukan di Felda Tenggaroh Timur 1 selepas pihaknya dimaklumkan bahawa kumpulan gajah terbabit didapati bergerak ke arah Felda Tenggaroh 5.

“Pengurusan Felda Tenggaroh 5 turut telah membuat aduan berkenaan perkara ini.

“Kita akan membuat kawalan dan pemantauan menggunakan dron apabila cuaca mengizinkan bagi mengetahui arah pergerakan kumpulan gajah ini.

“Ia sekali gus kita dapat membuat tindakan kawalan bagi mengelakkan haiwan berkenaan terus memasuki kawasan ladang Felda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau mengulas aduan peneroka Felda Tenggaroh Timur 1 yang bimbang selepas lebih 1,000 tanaman sawit mereka musnah akibat serangan kawanan gajah menerusi kejadian berasingan sejak dua minggu lalu. 

Hasil penelitian peneroka, dilaporkan terdapat dua kawanan gajah yang menyerang di berkenaan iaitu kawanan gajah dari Hutan Simpan Jemaluang dan gajah hutan Sedeli. 

Mengulas lanjut, Salman berkata, pihak pengurusan Felda turut diminta untuk membantu membuat kawalan jika terdapat gajah yang cuba memasuki kawasan masing-masing.

“Segera maklumkan kepada kami segera jika kumpulan gajah masuk semula ke kawasan ladang bagi pihak kami membuat kawalan dan tindakan susulan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya