Penuntut ‘berani’ serang polis - Utusan Malaysia

Penuntut ‘berani’ serang polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara mengelak daripada ditahan, seorang penuntut warga asing bertindak ganas apabila cuba menyerang anggota polis menggunakan kepingan besi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.11 pagi ini, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu pejabat Polis Petaling Jaya ke lokasi kejadian selepas menerima aduan mengenai tindakan seorang lelaki disyaki cuba melakukan jenayah pecah rumah oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, penuntut berusia 24 tahun itu sedang menggoncang dan mengetuk pintu pagar setiap rumah di kawasan itu dengan menggunakan sebuah kepingan besi.

Menurutnya, suspek yang cuba ditahan sebaliknya bertindak agresif dan cuba memukul polis menggunakan kepingan besi yang dipegangnya itu.

“Akibat itu, berlaku pergelutan hingga memaksa anggota polis menggunakan kekerasan minimum semasa melaksanakan tangkapan.

“Salah seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan akibat tindakan agresif itu. Ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nik Ezanee, suspek yang dibawa ke balai polis sekali lagi bertindak agresif dengan menjerit dan menendang pintu utama balai hingga mengakibatkan kerosakan pada bingkai pintu.

“Suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan Seksyen 427 kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya