Peniaga makanan jual air ketum - Utusan Malaysia

Peniaga makanan jual air ketum

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kegiatan seorang peniaga makanan yang menjalankan kerja sampingan menjual air ketum terbongkar selepas rumahnya diserbu polis dalam Ops Tapis di Taman Perak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang bersama 120 bungkusan air ketum yang disimpan di dalam sebuah tong ais.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan selepas mendapat maklumat mengenai penjualan air ketum di kawasan terbabit.

“Pemeriksaan polis menemui sebuah tong ais berwarna oren yang mengandungi 120 bungkusan plastik lut sinar dipercayai air ketum.

“Lelaki itu mengaku menjual air ketum kepada pelanggan di kawasan berdekatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, lelaki terbabit dan air ketum yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.

Kata beliau, peniaga itu tiada rekod jenayah dan ujian saringan air kencing negatif dadah.

Kes rampasan ketum tersebut disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.