Pemegang PR luar negara, bekerja boleh pulang tanpa kebenaran Imigresen - Utusan Malaysia

Pemegang PR luar negara, bekerja boleh pulang tanpa kebenaran Imigresen

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Mana-mana warganegara Malaysia yang mempunyai pas jangka panjang di luar negara dibenarkan untuk keluar dari negara ini tanpa perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, keputusan itu berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan mereka yang memiliki pas berkenaan kerana bekerja atau  pemegang pas pemastautin tetap (PR) tetap boleh pulang ke negara itu.

Beliau menjelaskan, sebelum ini timbul salah faham dalam kalangan mereka itu yang ingin kembali semula ke negara yang mereka duduki selepas pulang ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya perlu mendapat kelulusan Imigresen. 

“Sebelum ini mereka ini yang ingin keluar semula ke negara yang diduduki sepatutnya mendapat kelulusan Imigresen bagi mengelak mereka keluar masuk secara kerap kerana dalam tempoh PKP Pemulihan, peraturan berhubung penutupan sempadan negara masih berjalan.

“Walau bagaimanapun ada beberapa pengecualian diberikan. Namun disebabkan jumlah mereka ramai, saya telah mengeluarkan arahan baharu  bahawa mereka ini boleh keluar terus ke luar negara tanpa mendapat kebenaran Imigresen,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan terdapat sekumpulan rakyat tempatan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Sabtu lalu kerana tidak dibenarkan ke luar negara. 

Mereka yang ditahan ketika berada di balai berlepas KLIA itu melibatkan individu rakyat Malaysia pemegang pas PR luar negara atau mereka yang bekerja di luar negara yang pulang dalam tempoh PKP, dan ingin pergi semula ke luar negara. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.