MPOB sedia siasat dakwaan YPNM - Utusan Malaysia

MPOB sedia siasat dakwaan YPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memandang serius dakwaan Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) bahawa agensi kerajaan yang mengawal selia industri sawit tidak mengambil tindakan terhadap aduan yayasan tersebut.

Ketua Pengarahnya, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, MPOB juga memandang serius dakwaan bahawa pembeli minyak sawit adalah sekutu yang dijaga di bawah naungan penguat kuasa badan berkaitan.

Menurut beliau, dakwaan Presiden YPNM, Datuk Firdaus Abdullah itu boleh diagak membabitkan MPOB.

“Saya minta Presiden YPNM buat aduan rasmi, termasuk menyatakan anggota agensi dimaksudkan untuk saya ambil tindakan sewajarnya.

“Saya sedia bersekemuka dengan Presiden YPNM jika beliau ingin melaporkan secara rasmi beserta bukti seperti didakwa,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sabtu lalu, akhbar ini me­laporkan hampir sejuta pekebun kecil dan peneroka tanah rancangan Felda ditekan dengan masalah penjualan buah tandan basah kepada pengilang dengan harga yang tidak munasabah.

Mengulas lanjut, Ahmad Parveez berkata, setiap kali ada aduan, pihaknya akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan selaras dengan peruntukkan di bawah Akta MPOB.Katanya, MPOB juga ada Sistem Pemantauan Sawit (SPS) yang mengawal pergerakan kenderaan membawa minyak sawit bagi elak terlibat aktiviti salah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN