Mangsa keempat gas karbon monoksida masih kritikal - Utusan Malaysia

Mangsa keempat gas karbon monoksida masih kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mangsa keempat dalam kejadian terhidu gas karbon monoksida ketika berehat di dalam kenderaan di sebuah stesen minyak di Butterworth dekat sini kelmarin, dilaporkan masih kritikal.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, mangsa terakhir, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, masih dalam pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan perkembangan terkini mangsa daripada pengurusan hospital dari semasa ke semasa.

“Mangsa terakhir masih di ICU dan tiada perubahan. Kita akan mendapatkan perkembangan lanjut mengenai keadaan terkininya.

“Memang ada CCTV (sistem kamera litar tertutup) di kawasan stesen minyak itu dan banyak kereta parkir di situ,mungkin pekerja (stesen minyak) tidak perasan kenderaan yang dinaiki mereka berhenti lama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Majlis Penyerahan Kereta Peronda (MPV) jenis Honda Civic 1.8s di Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu di Batu Uban di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, empat sahabat yang sedang berehat di dalam sebuah kereta jenis Honda Odyssey dengan enjin terpasang mengundang tragedi apabila tiga daripadanya maut akibat terhidu gas karbon monoksida.

Kejadian itu mengakibatkan Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd. Safwan yang masing-masing berusia 21 tahun maut manakala Nor Aqilah dilaporkan kritikal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya