Jahid mohon tangguh PRN Sabah - Utusan Malaysia

Jahid mohon tangguh PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid @ Noordin Jahim agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ditanguhkan sehingga rayuannya berhubung pembubaran DUN negeri itu diputuskan, esok.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili bekas ADUN itu ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Notis usul berhubung permohonan tersebut difailkan Jahid @ Noordin Jahim pada 7 September lalu iaitu pada hari sama Mahkamah Rayuan menolak rayuannya, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan 31 ADUN lagi berhubung pembubaran DUN tersebut oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lalu.

Keputusan tersebut sekaligus mengekalkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk mencabar keputusan Tun Juhar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 September ini bagi hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 26 September ini.

Musa dan Jahid tidak tersenarai sebagai calon dalan PRN tersebut.

Pada 9 Mei 2018, Barisan Nasional yang diketuai Musa dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memenangi 31 kerusi DUN sekaligus mengekalkan kedudukan parti itu di Sabah.

Bagaimanapun, Musa hilang majoriti selepas lima ADUN berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan membentuk majoriti.

Mohd. Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 pada 12 Mei 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya