Dua pemilik syarikat ditahan SPRM di Sabah - Utusan Malaysia

Dua pemilik syarikat ditahan SPRM di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam selepas disyaki mengemukan dokumen yang mengandungi butiran palsu bagi mendapatkan kontrak pembekalan bernilai lebih RM6 juta antara tahun 2017 dan 2018.

Kedua-dua pemilik syarikat yang berusia 35 tahun dan 36 tahun tersebut masing-masing ditahan pada pukul 10.10 pagi dan 11.10 pagi di Pejabat SPRM Sabah.

Menurut sumber, kedua-dua individu berkenaan didapati mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan makanan kepada Polis Diraja Malaysia atau Briged Pasukan Gerakan Am bagi kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.

Tambah sumber, kedua-dua individu terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya