Calon parti paling banyak kerusi layak jadi KM Sabah - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Calon parti paling banyak kerusi layak jadi KM Sabah – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah munasabah parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mempunyai kerusi paling banyak diberi mandat dan peluang membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Beliau berkata, perlembagaan Sabah menyebut Tuan Yang Dipertua Sabah akan melantik seseorang yang mempunyai majoriti paling banyak dalam PRN sebagai Ketua Menteri

“Kita tahu dalam GRS terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Part Pribumi i Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang mana Bersatu memperoleh jumlah kerusi paling banyak.

“Dari segi kemunasahan adalah lebih baik jika parti-parti dalam gabungan ini yang mendapat kerusi paling banyak diberi mandat dan peluang mengetuai kerajaan ini setelah rundingan diadakan antara parti gabungan itu,” katanya menerusi laman Facebook beliau malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.