Boustead umum pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu - Utusan Malaysia

Boustead umum pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu

Ismail Lasim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Berhad (Boustead) mengumumkan pelantikan Datuk Ismail Lasim sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 1 September. 

Boustead dalam satu kenyataan turut memaklumkan pelantikan Ir. Abdul Aziz Julkarnain sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa bagi tempoh yang sama. 

Ismail, 61, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun, pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan dari 1999 sehingga kini. 

“Beliau juga merupakan Exco Negeri Sembilan dari 2004 hingga 2018. Ismail mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya,” katanya. 

Abdul Aziz Julkarnain

 

Abdul Aziz, 42, berpengalam luas selama 20 tahun dalam bidang ‘spanning’, beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Projek untuk TRC Synergy Berhad pada 2000. 

“Sejak itu, beliau memegang beberapa jawatan dalam pelbagai entiti. Beliau ketika ini merupakan Pengarah Urusan TRH Builders Sdn. Bhd., Pengarah MYIB Group, Pengarah Urusan Hashim dan Julkarnain Perunding Sdn. Bhd. dan Penyelaras Projek bagi Intiutama Sdn. Bhd.

“Beliau berkelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan (Struktur) dan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM),” katanya. 

Boustead mengalu-alukan penyertaan Ismail dan Abdul Aziz dalam lembaga tersebut. 

“Pengalaman dan kepakaran mereka sudah pastinya memanfaatkan Kumpulan ini dalam usaha meningkatkan program-program pembangunan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN