GOPENG: Usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan yang hilang semasa larian Gopeng Ultra Trail tahun lalu masih diteruskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM). Setakat ini, kes kehilangan Mohammad Ashraf, 30, atau Acap masih aktif malah JBPM sentiasa berusaha mengesan petunjuk baharu yang boleh membawa kepada penemuan lelaki itu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM negeri Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya masih berhubung dengan keluarga mangsa bagi mendapatkan maklumat tertentu di…










