Ahmad Fedtri jatuh basikal, jalani pembedahan muka - Utusan Malaysia

Ahmad Fedtri jatuh basikal, jalani pembedahan muka

KEADAAN Fedtri Yahya ketika di sebuah hospital di Petaling Jaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Personaliti TV3, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya, 39, cedera di muka selepas terjatuh tersembam dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Hal ini disahkan oleh isteri Ahmad Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, menerusi ciapan Twitter.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi
dan kini, Ahmad Fedtri dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya.

Personaliti itu dikatakan mengalami kecederaan di bibir, kening, dagu dan rahang.

“Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijahit kerana tulang rahang patah dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.

“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,” katanya Nur Anati.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.