KUALA LUMPUR : Personaliti TV3, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya, 39, cedera di muka selepas terjatuh tersembam dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.
Hal ini disahkan oleh isteri Ahmad Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, menerusi ciapan Twitter.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi
dan kini, Ahmad Fedtri dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya.
Personaliti itu dikatakan mengalami kecederaan di bibir, kening, dagu dan rahang.
“Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijahit kerana tulang rahang patah dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.
“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,” katanya Nur Anati.-UTUSAN