640kg cili merah tiada permit import dirampas - Utusan Malaysia

640kg cili merah tiada permit import dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH:  Sebanyak 640 kilogram cili merah besar dari China dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di pintu masuk Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Jurucakap Maqis negeri berkata, rampasan itu dibuat semasa pemeriksaan pihaknya kira-kira pukul 8.40 pagi selepas produk itu didapati diimport tanpa permit yang sah.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 102 bakul cili merah besar di dalam sebuah kontena sayur-sayuran dari China yang tidak mempunyai permit import.

“Cili yang dirampas itu dianggarkan seberat 640.4 kilogram (kg) dan bernilai RM3,301.64,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728].

Menurutnya, hasil pertanian berkenaan memerlukan permit import bagi mengawal perosak lalat buah cili atau Bactrocera latifrons dan memastikan penggunaan sisa racun makhluk perosak yang mematuhi piawaian. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.