19 individu dikompaun di Kemaman gagal patuh SOP - Utusan Malaysia

19 individu dikompaun di Kemaman gagal patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 19 individu termasuk seorang warga asing yang berada dalam sebuah premis makanan di Chukai di sini dikompaun malam tadi kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kesemua 12 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 23 tahun hingga 60 tahun itu ditahan dalam premis makanan yang beroperasi sebagai pusat hiburan tanpa lesen.

“Premis makanan yang diubah suai sebagai pusat hiburan ini dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu.

“Selepas menyedari serbuan polis, pemilik premis segera menutup muzik dan ketika ditahan kesemua individu terbabit tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk mengabaikan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemeriksaan mendapati pemilik dan pekerja premis yang ditahan gagal mengemukakan sebarang lesen perniagaan.

“Kita akan rujuk hal ini kepada pihak berkuasa terlibat supaya premis ini disita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya