1,100 calon SPM di Melaka ponteng sekolah - Utusan Malaysia

1,100 calon SPM di Melaka ponteng sekolah

Pengarah JPN Melaka, Dr. Mohd. Azam Ahmad menunjukkan data kehadiran pelajar ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Beruang, Melaka pada 25 September 2020. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 1,100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri ini direkodkan tidak hadir ke sekolah, sekali gus mencetuskan kebimbangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka berkaitan masa depan pelajar.

Pengarahnya, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, pihaknya menyedia dan melaksanakan beberapa pelan tindakan bagi membantu calon-calon menduduki peperiksaan pada awal Januari tahun depan.

Bagaimanapun, menurut beliau, segala persiapan sia-sia sekiranya jumlah calon SPM yang hadir dan menjalani kurikulum sekolah kurang 90 peratus.

“Ogos lalu, kita merekodkan kehadiran pelajar tingkatan lima hanya 85.94 peratus dan ini menunjukkan lebih 1,100 pelajar tidak hadir ke sekolah daripada jumlah keseluruhan seramai 11,559 calon.

“Ini secara tidak langsung mempengaruhi keberkesanan dan mengganggu pelan tindakan dirancang, malah JPN termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bimbang pelajar-pelajar ini tidak dapat menduduki SPM dengan sempurna,” katanya di pejabatnya di Bukit Beruang di sini semalam.

Menurut Mohd. Azam berkata, pihaknya meminta agar ibu bapa memainkan peranan dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah.

“Soal selidik mendapati antara faktor besar penyumbang ketidakhadiran faktor rakan sebaya dan sikap pelajar sendiri yang berputus asa atau terlalu selesa selepas beberapa bulan tidak bersekolah ekoran Covid-19.

“Selain itu, ada beberapa situasi calon SPM tidak hadir ke sekolah atas alasan tidak cukup rehat selepas pulang lewat pada malam sebelumnya,” katanya.

Tambahnya, mungkin segelintir ibu bapa bimbang dengan penularan Covid-19, namun sekolah adalah zon selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya