Warga Johor Bahru patuh arahan tinggi pemakaian pelitup muka - Utusan Malaysia

Warga Johor Bahru patuh arahan tinggi pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pematuhan yang tinggi terhadap kewajipan memakai pelitup muka di kawasan awam sekitar Johor Bahru dapat dilihat apabila hampir semua orang ramai berbuat demikian hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pusat beli-belah dan pasar di sini mendapati hampir semua orang awam memakai pelitup muka yang bertujuan untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Lokasi pertama di sebuah pasar raya di Bukit Indah, kebanyakkan pengunjung bersama seisi keluarga masing-masing mengenakan pelitup muka dengan sempurna.

Selain itu, lokasi di Pasar Awam Larkin juga mendapati orang awam termasuk para peniaga dan suri rumah yang hadir untuk membeli barang keperluan harian tidak terlepas untuk mematuhi arahan berkenaan.

Seorang petugas pasar yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, berkata, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak memakai pelitup muka dengan sempurna iaitu tanpa menutup mulut dan hidung.

Katanya, setelah dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dengan betul, mereka akhirnya mematuhi peringatan tersebut.

Bagi pesara kerajaan, Azmi Zainal Abidin, 63, berkata, dia tetap mematuhi dengan arahan terbaharu itu walaupun pada mulanya agak rimas untuk memakai pelitup muka pada setiap masa.

“Namun kita tidak tahu sama ada kita atau orang lain membawa wabak itu, adalah lebih baik memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Bermula hari ini, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.

Mereka yang dikesan gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.