“Tiada niat biadab, sampai perkara benar’ - KJ - Utusan Malaysia

“Tiada niat biadab, sampai perkara benar’ – KJ

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin tidak berniat bersikap biadab terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu terus bergerak ke hadapan.

“Saya tiada niat untuk biadab terhadap Najib. Beliau ada hak untuk buat rayuan. Saya cuma mahu UMNO pandang dan bergerak ke hadapan,” kata Ahli Parlimen Rembau berkenaan.

Katanya, beliau sedar kenyataan tersebut mengundang kecaman tetapi menganggap perkara tersebut sebagai biasa.

“Itu perkara biasa apabila kita sampaikan perkara yang benar tapi pahit,” katanya.

Khairy dalam kenyataan sebelum ini berkata, walaupun semua orang berhak memberikan sokongan moral kepada Najib yang dijatuhi hukuman penjara berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. namun berharap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut.

Ekoran kenyataan tersebut, beliau dikecam banyak pihak sehingga ada yang mendakwa Khairy cuba menjadi ‘hero’ bagi menyelamatkan keadaan parti.

“Saya setia kepada parti. Saya cuma nyatakan perkara yang ramai sedang fikir cuma mungkin takut untuk sebut,” ujarnya.

Jelas Khairy, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah mengeluarkan kenyataan sama namun tokoh politik berkenaan tidak pula dikecam.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang hampir sama. Yakni, minta pemimpin tertentu untuk memberi laluan. Tetapi beliau tidak dikecam macam saya. Mungkin mereka takut nak kecam atau perli Ku Li. Mesej sama tapi kerana KJ, pembawa mesej ditembak.

“Saya tidak kisah pembawa mesej ditembak, tapi kalau tidak menghiraukan mesej yang dibawa, UMNO akan terus dipandang serong oleh rakyat.” katanya lagi.

Selasa lalu, Najib dijatuhikan hukuman penjara 12 tahun bagi tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya