Semua 11 ADUN Bersatu hadir  - Utusan Malaysia

Semua 11 ADUN Bersatu hadir 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Semua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hadir ke Majlis Perjumpaan Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah hotel di sini hari ini.

Kehadiran mereka sekali gus menunjukkan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu yang juga ADUN Gambir memperoleh sokongan padu daripada wakil rakyat parti itu.

Antara ADUN Bersatu yang dilihat hadir adalah dua bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian (Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong).

Penganjuran majlis itu menarik perhatian pemerhati politik kerana ia berlangsung di saat segelintir ahli Bersatu meninggalkan parti.

Mereka bertindak sedemikian kerana ingin menyertai parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, perjumpaan berkenaan turut melibatkan 29 ADUN Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada 14 wakil rakyat daripada UMNO, Bersatu (11), MIC (dua) dan Pas dengan satu kerusi serta bebas (satu).

Selain itu, perjumpaan juga melibatkan kepimpinan bahagian UMNO, Bersatu, Pas, MCA dan MIC.

Turut hadir, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya