RM2.4 juta lesap ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

RM2.4 juta lesap ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM2.4 juta lesap akibat diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM).

Dalam kejadian pada 7 April lalu, wanita berusia 60 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai kakitangan TM dengan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bil.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, lelaki itu kemudian kononnya menyambungkan talian ke Balai Polis Kuantan dan memberitahu mangsa terlibat dalam kegiatan pengedaran kad kredit palsu serta pengubahan wang haram.

“Mangsa yang takut mengikuti arahan suspek sebelum memindahkan wang simpanan miliknya berjumlah RM2.4 juta ke dalam 23 akaun bank milik individu tidak kenali,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ismadi, mangsa bagaimanapun hanya menyedari dirinya tertipu pada Rabu lalu.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan supaya masyarakat jangan panik dengan panggilan sebegini. Sebaiknya hubungi terus pihak yang berkenaan seperti bank, institusi kewangan atau polis bagi membuat pengesahan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya