Polis kesan pemandu langgar penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak - Utusan Malaysia

Polis kesan pemandu langgar penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak

TANGKAP layar daripada video tular yang memaparkan penunggang motosikal dan pemboncengnya jatuh dilanggar sebuah kereta di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis sedang mengesan pemilik sebuah kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, bagaimanapun belum ada laporan polis dibuat mana-mana individu tentang kejadian itu.

“Kita sudah dapat (maklumat) dan tunggu kenyataan rasmi nanti,” katanya di sini hari ini.

Hari ini tular rakaman video sebuah kereta jenis Toyota yang memotong di laluan kecemasan sebelum melanggar sebuah motosikal.

Tindakan pemandu kereta itu yang terus memecut meninggalkan mangsa yang terjatuh di atas jalan menimbulkan kemarahan netizen mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya