Pengunjung Bazar Karat cemas - Utusan Malaysia

Pengunjung Bazar Karat cemas

SEBANYAK 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Larkin berjaya memadamkan kebakaran dua kereta yang berlaku di Jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru, semalam. Gambar: JBPM Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Para pengunjung Bazar Karat malam tadi cemas apabila dikejutkan dengan kebakaran yang melibatkan dua buah kenderaan di tempat meletak kereta di Jalan Bukit Timbalan di sini malam semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, kejadian bermula apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima terbakar.

“Kebakaran itu menyebabkan sebuah lagi kereta Proton Saga FLX yang berada berhampiran juga terbakar sebanyak 30 peratus.

“Sebanyak 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejarkan bersama tiga jentera ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 10.19 malam dan mereka berjaya memadamkan kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang berada di lokasi turut membantu memadamkan kebakaran sebelum bomba tiba dengan mereka menggunakan alat pemadam api debu kering.

Tada kecederaan dilaporkan berlaku dan bomba masih menyiasat punca kebakaran serta anggaran kerugian. – UTUSAN 

 

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.