Penduduk Napoh mula jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Penduduk Napoh mula jalani saringan Covid-19

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seramai 3,000 penduduk di sekitar Napoh di sini mula menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Napoh susulan peningkatan kes daripada Kluster Sivagangga dalam tempoh se­minggu sejak 29 Julai lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, kebanyakan penduduk terlibat merupakan kontak rapat dan mempunyai kaitan dengan membabitkan kluster tersebut.
“Kesemua penduduk yang te­lah disaring itu dipakaikan gelang merah jambu dan mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum melakukan saringan kali kedua pada hari ke-13 untuk mendapatkan keputusan tepat,” katanya.
Dr. Hayati berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau proses saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Napoh di sini semalam.
Utusan Malaysia semalam me­­­laporkan pengesanan kontak rapat secara aktif membabitkan Kluster Sivagangga giat dilaksanakan di pejabat-pejabat kesihatan daerah untuk mencegah penularan Covid-19 di Kedah yang semakin meningkat.
Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat terbaharu, seramai 245 penduduk di Kampung Megat Dewa di sini dikesan mempunyai kaitan dengan kluster tersebut.
“Mereka diminta melakukan saringan di Klinik Kesihatan Kodiang bermula esok (hari ini),” ujarnya.
Sementara itu, tinjauan mendapati kawasan di sekitar pekan Napoh sunyi dan lengang selepas penduduk mengambil langkah tidak keluar rumah.
Polis pula sudah melakukan enam sekatan jalan raya di daerah ini susulan kerajaan negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Bersasar (Temco) di empat mukim di da­erah ini.
Sekatan itu bagi memastikan tiada kemasukan orang luar ke dalam kawasan Temco tanpa urusan penting.
Selain itu, semua masjid dan rumah ibadat di sekitar kawasan yang terlibat juga ditutup terma­suk solat Jumaat.
Hanya tiga orang sahaja dibenarkan untuk melaksanakan solat jemaah di masjid yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya