Maritim Malaysia tahan kapal tangki - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan kapal tangki

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Siang Johor timur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Siang Johor timur semalam.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal itu ditahan jam 2.15 petang pada jarak 13 batu nautika dari timur laut di perairan berkenaan.

Katanya, kapal berkenaan berdaftar di Singapura dan semasa ditahan gagal mengemukakan sebarang kebenaran berlabuh. 

“Kapal sepanjang 245 meter tersebut dikendalikan 22 kru lelaki termasuk nakhoda yang semuanya berumur  19 hingga 61 tahun.

“Mereka terdiri daripada warganegara Ukraine, China, Myanmar, Rusia dan Georgia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penahanan tersebut merupakan kali keempat pada bulan ini melibatkan kesalahan yang sama.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 .

“Jika didapati bersalah  boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

Justeru, Mohd Zulfadli meminta pemilik kapal memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia terlebih dahulu jika tidak mahu dikena tindakan undang-undang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya