Malim gunung, renjer hutan bantu cari pendaki sesat - Utusan Malaysia

Malim gunung, renjer hutan bantu cari pendaki sesat

ANGGOTA bomba dan penyelamat meneruskan operasi mencari seorang pendaki yang hilang dikhuatiri sesat di Gunung Korbu sejak Ahad lalu di Ipoh, Perak. - GAMBAR JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki warga emas yang sesat di Gunung Korbu sejak Ahad lalu diteruskan dengan pasukan penyelamat dihantar ke kawasan pencarian menggunakan helikopter.

Mangsa, Tee Kong Tiong, 68,  bersama rakan wanitanya berusia 42 tahun  telah mendaki gunung berkenaan pada Jumaat lalu sebelum mereka terpisah  dalam perjalanan turun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pencarian akan ditumpukan di lokasi mangsa dipercayai hilang iaitu di antara puncak  Gunung Gayung dan puncak Gunung Korbu.

Menurut kenyataan tersebut, ia berdasarkan kenyataan rakan wanita mangsa, iaitu individu terakhir menemui mangsa sebelum mereka berpisah.

“Sembilan orang Malim Gunung serta dua anggota renjer hutan telah diturunkan di Gunung Korbu semalam menggunakan helikopter JBPM bagi membantu operasi.

“Sehingga petang semalam pasukan SAR belum menemui sebarang petunjuk sebelum menghentikan operasi untuk bermalam di Gunung Botak,” kata kenyataan tersebut.

Gerakan SAR turut melibatkan kira-kira 60 anggota pelbagai agensi seperti Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am, Unit K9 JBPM, Jabatan Perhutanan negeri dan Lembaga Air Perak. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya