Pendaki Malaysia cedera parah di Annapurna semakin pulih

Pendaki Malaysia cedera parah di Annapurna semakin pulih

MOHAMMAD Nazril Hafiz Saidatul Nizam (kiri) selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Nepal pada 2 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pendaki rakyat Malaysia, Mohammad Nazril Hafiz Saidatul Nizam, 29, yang mengalami kecederaan serius semasa berada di Annapurna Base Camp, Nepal baru-baru ini semakin beransur pulih selepas menjalani pembedahan otak yang kritikal di sebuah hospital swasta di negara itu,

Pemimpin pelancongan bebas, Muhammad Zakirudin Ab Rahman berkata, Mohammad Nazril mengalami Cerebral Venous Sinus Thrombosis (CVST) dengan pendarahan intrakranial.

Katanya, ia merupakan kondisi kritikal yang berkemungkinan berpunca daripada gabungan dehidrasi dan hipoksia (kekurangan oksigen) akibat ketinggian yang melampau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kecederaan otak ini adalah komplikasi serius daripada Acute Mountain Sickness (AMS) atau penyakit ketinggian akut.

“Ketinggian yang ekstrem di Annapurna Base Camp membuat kandungan oksigen di udara adalah jauh lebih rendah dan boleh membawa kesan yang berbahaya kepada otak apabila tidak ditangani segera,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, Mohammad Nazril Hafiz telah menjalani pembedahan otak yang bertujuan mengurangkan tekanan intrakranial.

“Mohammad Nazril akan dibawa menggunakan ambulans udara melalui Singapura ke Malaysia bagi proses pemindahan perubatan pulang ke tanah air.

“Kesemua kos pemindahan perubatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans Chubb sekali gus meringankan beban keluarga pesakit,” katanya.

Zakirudin berkata, syarikat Ohana yang mengendalikan ekspedisi tersebut telah memberikan sokongan yang baik sepanjang tempoh krisis.

“Saya diberikan beberapa pilihan oleh pihak Ohana sama ada untuk terus menemani pesakit atau pulang setelah ibu bapa Mohammad Nazril tiba di Nepal.

“Kebajikan kami daripada segi tempat tinggal dan keperluan makan minum sepanjang saya berada di sini turut diuruskan oleh mereka,” katanya.

Katanya, Mohammad Nazril akan menjalani pemeriksaan perubatan lanjutan setelah tiba di Malaysia.

“Satu lagi pembedahan akan dijalankan iaitu pemasangan semula bone flap atau cranioplasty bagi melengkapkan proses rawatan otak beliau.

“Semua kos rawatan perubatan dan proses rehabilitasi di Malaysia akan ditanggung bersama oleh insurans peribadi milik pesakit serta syarikat tempat beliau bertugas.

”Hal ini untuk memastikan Mohammad Nazril menerima penjagaan perubatan terbaik sepanjang proses pemulihannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN