KUALA KRAI: Seorang pemilik bengkel dan dua pekerjanya maut selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 76.5, Jalan Kota Bahru-Gua Musang dekat Kampung Pahi di sini, semalam. Dalam nahas kira-kira pukul 5 pagi itu, pemilik bengkel Zainuri Idham Mohamad Zulkifli, 22, yang juga pemandu kenderaan tersebut serta dua pekerjanya, Mohammad Zulffairy Nasir, 19, dan warga Thailand, Syed Muhammad Khairi Syed Ismail, 19,…









