Madu kelulut mampu cegah kencing manis - Utusan Malaysia

Madu kelulut mampu cegah kencing manis

DR. NORHASNIDA Zawawi (kiri) melihat sarang lebah kelulut di Ladang 10, UPM, Serdang, Selangor. – IHSAN UPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rahsia amalan ‘orang lama’ yang menggunakan madu kelulut untuk mencegah kencing manis kini terbongkar dan terbukti berkesan secara saintifik.

Hasil kajian terbaharu dijalankan Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Norhasnida Zawawi mendapati, madu kelulut me­ngandungi gula trehalulosa, gula dengan indeks glisemik rendah (GI) yang boleh mencegah kencing manis jika dimakan dengan jumlah sepatutnya.

“Kami menguji madu dari dua spesies lebah asli Malaysia (Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica), dua Australia (Tetragonula carbonaria dan Tetragonula hockingsi) dan satu Brazil (Tetragonisca angustula) dan mendapati 13 sehingga 44 gram gula trehalulosa dalam semua madu itu.

“Bukannya gula maltosa se­perti yang difikirkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Norhasnida menjalankan kajian tersebut bersama pensyarah Universiti Queensland, Australia, Prof. Madya Dr. Mary Fletcher dan ahli kumpulan penyelidikan lain di makmal Perikatan Pertanian dan Inovasi Makanan Queensland.

Ia juga mendapati madu kelulut yang dikaji di Malaysia daripada spesies G. Thoracica mempunyai kandungan gula trehalulosa paling tinggi iaitu 84 peratus daripada keseluruhan berat madu.

Dr. Norhasnida berkata, sebelum ini masyarakat Malaysia menggunakan madu kelulut secara tradisional untuk pesakit diabetes tetapi dari segi sains belum dapat membuktikan dengan jelas faktor yang boleh menyebabkan kesan itu.

“Sekarang kita tahu nilai GI madu yang lebih rendah ini boleh menjadi satu daripada faktor yang menyumbang kepada tuntutan itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya